Seorang lelaki Cina berpakaian kemas, kemeja biru , seluar hitam, berkasut kulit dan bercermin mata berdiri kemas dengan fail di tangan.
“ Syarikat saya bukan pengeluar kepada jeli manis tersebut dan kami HANYA mengimport jeli itu dari negeri China. Kami tidak tahu apa kandungan atau bahan bahan yang digunakan dalam membuat jeli tersebut. Sebaik saja mengetahui ia mengandungi bahan (telingaku tidak dapat menangkap tapi bunyi ‘…mine’ di hujungnya) yang membahayakan dan boleh membawa penyakit kanser kami terlah berusaha menarik balik jeli manis daripada pelanggan kami. Lelaki Cina itu menghulurkan sekeping surat kepada jurubahasa mahkamah. Saya pohon hukuman yang ringan di atas kesalahan tersebut.”
Saya yang baru samapai di galeri mahkamah tertarik mengikuti prosiding yang berjalan. Saya nampak seorang Majistret muda berwajah serius meneliti bungkusan yang di dalamnya ada jeli manis bewarna warni kelihatan sungguh menarik dan cantik sekali. Tentu sekali menggamit sicilik untuk mengambil dan menikmatinya. Jeli manis berbentuk silinder sebesar anak jari bewarna merah jambu, hijau epal dan oren Nampak seperti enak sekali untuk dikunyah. Di bungkusannya hanya mencatatkan gula sebagai bahan utama yang digunakan. Siapa sangka dan sedar akan keujudan sejanis bahan yang boleh menyebabkan kanser?
Soalan kepada pengimport dan pengedar :
1. Di manakah tanggungjawab anda mengenas pasti barangan yang dijual dan diedarkan kepada kumpulan sasar kanak kanak jika anda sendiri tidak dapat mengesahkan kandungan barangan tersebut dan kesannya kepada kesihatan pengguna (jika alasan di atas benar ).
2. Adakah anda peduli?
Jika ya sudah pasti anda akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu sebelum mengimport dan memasarkan barangan tersebut?
Perkara yang perlu diambilkira oleh pihak berwajib dan pengguna:
1. Kenakan syarat untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan untuk permit import, membungkus dan mengedarkan barangan
2. Bagi pengguna (ibu bapa) hendaklah sentiasa peka dengan makanan dan jajan yang dimakan oleh anak anak . Perhatikan labelnya, kandungan bahan bahan yang digunakan, halal atau tidak dan yang pentingnya kesan terhadap anak anak. Kalau diragui (tidak pasti ) jangan dibeli atau diberikan kepada anak anak kita.
AWAS! jeli manis boleh memberikan kesan umpama racun membunuh kegembiraan dan kesejahteraan kita sekeluarga. Prihatin dengan keadaan sekeliling , pemakanan dan masyarakat kita.
No comments:
Post a Comment