Menu pulut di sebelah utara tanah air amat sinonim sekali. Bila musim durian pulut dimakan dengan durian dipanggil pulut durian. Satu ketika dulu durian bermusim jadi pulut durian juga bermusim mengikut raja buah tersebut.
Negeri negeri utara iaitu Kedah dan Perlis juga terkenal dengan mempelam dan kuinin. Bila musim mempelam dan kuinin pulut jga dimakan dengan mempelam dan kuinin. Pulut dikukus dan dicampurkan dengan santan dan digaulkan ketika pulut masih panas dijadikan pulut lemak. Ia juga dimakan bersama gula hmm kandungan gula dan kolestrol jangan cakaplah… Bagaimanapun masyarakat kampong ketika tahun tahun 70an tidak menghadapi masalah mengatasi masalah obesity dan kencing manis . Selesai sarapan mereka membanting tulang mengerjakan sawah seperti membajak , berkebun dan sebagainya. Banyak kerja yang dilakukan tanpa bantuan mesin dan hany menggunakan tulang empat kerat.
Pulut juga selain itu digunakan sebagai bahan utama dalam kuih muih seperti pulut udang, serimuka , wajik dan juga dijadikan tepung untuk kuih koci, onde onde, buah Melaka.
Pulut dimasak dari beras pulut yng bewarna lebih putih dari beras jawi(nasi). Pulut lebih tinggi kandungan kanjinya. Bila masak ia melekit dan kenyal. Pulut juga boleh dimakan dengan lauk. Ia mengenyangkan dan biasa dijadikan menu utama untuk sarapan . Contoh pulut kukus ikan kering yang dimakan bersama kelapa parut. Makanan ini membangkitkan nostalgia kepada masa lalu saya dikampung. Enaknya pulut kukus ikan kering.
No comments:
Post a Comment