Rumahtangga itu lubuk pahala, anak-anak itu Permata Hati menjadi amanah yang hendaklah dididik supaya taat kepada Allah dan Rasul..Ya Allah Rahmati dan berikan kami keredhaanMu
Thursday, January 22, 2015
Thursday, November 20, 2014
Yeay Cuti Sekolah
Assalamualaikum,
Hari Khamis 20 hb. November, 2014 adalah hari terakhir persekolahan bagi tahun 2014.
Kelmarin saya ke sekolah sibongsu untuk pertemuan waris guru..langsung mengambil buku teks. Pencapaian akademik yang agak memberangsangkan , namun banyak yang perlu dinaiktarafkan. Adik tak boleh main main lagi sebab sudah makin besar. Tahun depan masuk Tahun 4 sudah.
Mengikut guru kelas, Ustazah Siti Hajar, taraf pendidikan agak berbeza. Soalan berbentuk keupayaan berfikir aras tinggi. Mak aiih tinggi mana anak kita diminta berfikir. Guru tersebut mengaku merekapun pening nak mengajar dan memberikan kefahaman kepada murid.
Sekali lagi kami sekeluarga akan berkumpul cukup 6 orang ahli kuorum. Hmm jemuh juga nak menyiapkan makan semuanya handal makan. alhamdulillah mereka anak anak permata hati saya makin membesar. Abang Naim masih berjihad kerana sedang menduduki peperiksaan SPM. Hari ini kertas Fizik yang katanya tak berapa mesra. Mama doalan abang Naim dapat menjawab dengan baik.
Pelan cuti hujung tahun nak ke Pulau Pangkor. Cuaca sekarang tak berapa elok ashik hujan , ribut, banjirlah dengan jalan sesak saya tak yakin nak memandu jauh. Anak anakpun maklum dan faham kondisi ibu ayah mereka , tak mendesak janji enjoy.
In sya Allah saya tetap akan bawa mereka bercuti sekitar Kedah . Musim cuti kena betul betul pantau anak dan menafaatkan waktu. Sebulan tu sekejap saja. 22 Disember abang Iqbal kata kena ke sekolahnya untuk keputusan PT3. Nak shopping persiapan sekolah , balut buku, jahit lencana sekolah, tengok beli beg dan keperluan lain jika perlu. Ikut anak semua nak baru.
Ni sekejap lagi nak google tengok menu ntuk masak jamu anak anak sepanjang cuti. Macam serius sangatkan. Selamat bercuti untuk semua guru guru terutama guru di Sekolah Kebangsaan Peremba, Alor Setar, Sekolah Menengah Seri Ampang Alor Setar, Maktab Mahmud Jalan Pegawai Alor Setar dan Sekolah Menengah Intergrasi Bukit Kayu Hitam dan semua anak anak. Pelajar SPM , STAM dan STPM selamat berjaya..
Wednesday, October 15, 2014
AWAN DAN SAWAH
Sehari sebelum kejadian ribut puting beliung yang merobohkan 10 buah rumah di Paya Besar Pendang saya telah merakamkan gambar ini.
Cuaca pada pagi tersebut tenang sekali
Cuaca pada pagi tersebut tenang sekali
Subhanallah cantik sangat syahdu sungguh .dengan burung bangau memutih. Terfikir di kepala saya kalau di luar musim bila padi sudah tumbuh , berbuah dan masak ke mana burubg bangau ini berkelana. Dari mana bangau bangau ini datang . Terbang sejauh mana bangau ini. Ya Allah Egkaulah yang memberikan ilham kepada si bangau dan seisi alam ..
Monday, October 6, 2014
LAGI KISAH KORBAN
Assalamualaikum,
Mesyuarat bagi perlaksanaan ibadat korban terlebih dahulu diadakan bagi mengagihkan tugas tugas berkaitan seperti menjaga binatang korban yakni lembu, penyembelih pembantu, kerja melapah dan mengagihkan daging korban. Bila sudah terlibat dengan aktiviti masjid saya baru tahu kerja kerja yang dilakukan juga memerlukan komitmen dan penyertaan dari jemaah.
Pemerhatian saya dari senarai tugasan yang diedarkan mendapati kurangnya penglibatan belia dalam kerja kerja berkenaan ibadah korban ini. Puncanya sudah pastilah jemaah yang solat di masjid adalah terdiri dari warga emas yang sudah pencen. Apa akan jadi ke depan ini. Kita pralihat dalam tempoh lima tahun akan datang tak perlu terlalu jauh. Siapa yang akan melakukan penyembelihan dan melapah ini. Bila orang muda belia nak melibatkan diri.
Bagi membantu dan melancarkan kerja kerja Jawatankuasa Masjid bersetuju untuk mengupah beberapa orang warga Bangladesh dan Myanmar yang bekerja di sini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun hujan lebat sepanjang hari. Seorang petugas bagaimanapun rebah kerana keletihan difahamkan berjaga malam menjaga lembu lembu korban sebanyak 10 ekor. Beliau telah dikejarkan ke hospital dengan ambulan . Semoga cepat pulih.
Pada tahun tahun sebelum ini pihak AJK Masjid akan mengadakan kenduri .Daging korban dimasak secara gotong royong atau rewang biasanya gulai kawah. Bagaimanapun untuk tahun ini daging korban cuma diagihkan mentah. Tak ada lagi majlis kenduri. Tidak cukup tenaga kerja pastinya.
EIDUL ADHA 2014
Assalamualaikum, salam eidul adha 2014 dari saya ummu naufalarief . Tahun ini kami sekeluarga menyambut raya di rumah sendiri di Alor Setar.
Awal pagi bangun solat subuh dengan si kecil berdua beradik Ahmad Aidil dan Ahmad Naufal Arief. Abah , abang sulung dan abang tengah Ahmad Naim dan Ahmad Iqbal berjemaah di masjid. Tahun ni abah ditugaskan menjadi bilal solat hari raya korban disamping mengagihkan kupon untuk jemaah bagi pengagihan daging korban. Saya pula menyertai program penyempurnaan ibadat korban di Kemboja melalui program yang dianjurkan oleh Amal Kemboja yang dikendalikan En. Asri Bin Hassan bersama isterinya Puan Fariza Ismail. Terima kasih untuk mereka berdua atas usaha murni mereka.
Ok solat hari raya kami sempurnakan di Masjid Aman Simpang Kuala , Alor Setar. Pagi hari raya hujan turun dengan agak lebat . Solat bermula lebihkurang jam 8.30 pagi . Jemaah muslimat mengambil tempat di bahagian tingkat bawah masjid. Bilangan jemaah ternyata kurang daripada jemaah solat aidil fitri. Mungkin ramai yang tidak pulang sebab cuti yang agak singkat. Khutbah dibacakan oleh Tuan Haji Khamsani Bin Saad.
Saya lihat di sepanjang khutbah ada juga sebilangan jemaah yang berselfie dan berfb. Saya sendiri tidak membawa handphone , sengaja tinggalkan di rumah bimbang terjangkit virus berselfie dan berfb . Saya mahu pahala sebanyak mungkin ya Allah.
Antara isi khutbah yang saya ingat adalah ikhlas dalam setiap ibadat yang disempurnakan. Nabi Allah Ibrahim , Siti Hajar dan anak mereka Ismail ternyata ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah ke atas mereka. Nabi Ibrahin tidak tahu bahawa korban Nabi Ismail akan digantikan dengan seekor kibas. Begitu juga Siti Hajar dan Nabi Ismail anak mereka.
Keikhlasan mereka beriman kepada Allah dibuktikan dengan ketaatan mereka untuk melaksanakan korban yang dituntut walaupun dengan menumpahkan darah Ismail .
Ikhlas melaksanakan bukan bertujuan untuk riak, menunjuk nunjuk kemampuan dan keupayaan. Ia mudah dan payah bukan . Bagi saya semuanya dengan izin dan kehendak Allah dan untuk itu saya menadah tangan dan memohon diberikan hati yang ikhlas dan ibadat saya diterimaNya solat dan korban saya.
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; Surah Al Maaidah, Ayat 27
Berikut adalah antara gambar gambar suasana penyembelihan korban di Masjid Aman, Simpang Kuala Alor Setar, Kedah yang diambil oleh abang Naim dengan ditemani Ahmad Naufal Arief.
|
Tuesday, September 9, 2014
TAMAN SYURGA
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.
Assalamualaikum, syukur ke hadrat Allah saya masih bernafas dan direzekikan hidup bersama keluarga tercinta. Pagi semalam Jumaat 10hb. Januari, 2014 bagi sesiapa yang menonton program Tanyalah Ustaz di mana penceramahnya adalah Dr Danial Zainal Abidin bertajuk Jahiliyah.
Bagaimanakah yang dikatakan jahiliyah sesudah Islam.
Sungguh saya bersyukur berpeluang berada di 'taman syurga' bersama ahli keluarga saya.
Di sebelah malam pula saya mengikuti ceramah oleh UStazah Nor Hafizah Musa , sekiranyamelalui U tube. Masyaallah, ilmu datang ke rumah . Kita sahaja yang membuat pilihan nak belajar atau tidak. Berdoalah selalu agar Allah memberikan kita pilihan yang terbaik untuk mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.
Kebaikan menuntut ilmu
يَرۡفَعِٱللَّهُٱلَّذِينَءَامَنُواْمِنكُمۡوَٱلَّذِينَأُوتُواْٱلۡعِلۡمَدَرَجَـٰتٍ۬ۚوَٱللَّهُبِمَاتَعۡمَلُونَخَبِيرٌ۬
يَرۡفَعِٱللَّهُٱلَّذِينَءَامَنُواْمِنكُمۡوَٱلَّذِينَأُوتُواْٱلۡعِلۡمَدَرَجَـٰتٍ۬ۚوَٱللَّهُبِمَاتَعۡمَلُونَخَبِيرٌ۬
Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






