Tuesday, May 14, 2013

PENYELESAIAN DAPUR SEMPIT

Assalamualaikum,

Impian untuk  untuk membeli rumah  idaman kami sekeluarga ditangguhkan atas banyak alasan . Puaslah memikirkan segala pro dan kons,positif dan negatif, beli dan tak beli dan kesan yang bakal dihadapi darisegi kewangan lah apa lagikan dan solat istikharah , kami saya dan abah budak budak bersetuju sebulat suara untuk membatalkan niat membeli rumah itu. Bukan rezeki kami lagi, bersabar dulu, bukankah bersabar dan berpesan pesan ke jalan kebenaran itu membawa   keuntungan. Tentu sekali kami mahu berada di kalangan orang orang yang beruntung Ya Allah, Demi Masa...

Saya mula mengambil pendekatan untuk mengubah rumah sedia didiami untuk menjadi rumah idaman semasa hehe..

Ruang dapur saya sempit, kabinetnya  warnanya dah luntur juga. Apa yang boleh diupgrade mengenai dapur saya. Projek awal meneroka Mr Google mencari  idea dan maklumat dan bertemu dengan  artikel ini. Idea dekornya dari majalah Impiana Karangkraf memang menarik. Ongkosnya ja yang menjadi sempadan..Ihh ihh ..syukur ada rumah berdapur dan berkabinet..cuma kurang cantik.

Ingat jika kamu tidak bersyukur dengan sesuatu yang kecil, kamu juga tidak akan bersyukur dengan perkara yang besar diberikan kepadamu..pujuk hati sendiri..Alhamdulillah

dapur sempit

Solusi Dapur Sempit - Gaya Hias - Dekor

coklat

 Berkenan juga idea deko begini tetapi bagi dapur saya melibatkan ruang (bahagia dinding yang perlu dipecah korbankan) .



ruang dapur saya lebihkurang saiz begini  , tapi atas permukaan kabinet agak sarat . Satu ruang basah dan kering itulah aja..fahamkan maksud saya..penuuh ha..




Sekarang idea dah ada, tinggal lagi nak tengok perbendaharaan pula.Doakan impian menjadi kenyataan..In sya Allah

Saturday, May 4, 2013

TERUJA?


Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Suasana di Masjid Aman selepas solat Asar nampak begitu ramai orang . Kereta berderet parkir di kiri jalan ke jalan besar menghala ke Mergong. Agak mengganggu perjalanan kenderaan yang bertali arus. Semua anak anak negeri yang berhijrah kembali ke kampung halaman bagi tujuan yang satu, PRU 13. Meriah sungguh , tapi apa niatnya, masjid penuh dengan jemaah. Kalaulah boleh dikekalkan suasana ini, In Syaa Allah. Jangan atas alasan nak menang  ja. Dok jaga kepentingan  kita saja, tak jaga hak Allah. Allah tidak berkepentingan dengan kita sebaliknya kitalah yang sering bergantung kepada Allah..

Pagi ini 5 hb. Mei, 2013 anak anak gembira pulang dari masjid selepas solat Subuh. "Mama,  ada tahlil mendoakan kejayaan Dato' Latt Shariman . Depa mai masjid dengan  keluarga ". Naufal Arief comel dengan berjubah putih punya abangnya dulu sekarang sudah padan dengannya. Alhamdulillah anakku lelaki semua empat oran g pulang dari solat berjemaah di masjid. Tapi yang dia seronok sangattu sebab dapat bungkusan polisterin berisi makanan dengan air kotak . Rezeki Allah bagi melalui Dato' Latt Shariman.
Makan yang paling sedap yang percuma kan..
Haa.. baca doa makan..Bismillah



foto dari umnokualakedah.blogspot pinjam sat

Ooh, alangkah baiknya sekiranya budaya pemimpin bersolat jemaah dengan anak qariah dikekalkan. Memandangkan kesibukan kerja dan kekangan masa memadai sebulan sekali, paling tidakpun wakil pemimpin. Hidupkan sunnah Rasullullah S.A.W .

Doa saya  sentiasa negara kita dipimpin oleh pemimpin yang adil dan negara kita aman tanpa pertikaikan. Walaupun kita berbeda aliran politik tapi kita cintakan keamanan..

foto ehsan dari langitilahi.com

Sebentar lagi saya nak balik ke Yan , nak mengundi calon saya ..In Sya Allah. Lepas ni jari saya begini juga lah..


    foto dari billyinfo.blogspot.com . (pohon izin pinjam ya)

Wednesday, April 17, 2013

INILAH TELEFON GALAXY BEAM

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Masa saya menulis pasal telefon tu belum bertemu dengan artikel ni. Dok surf template, design la bagi jumpa la pula. terlambat tapi tak pa. orang puteh kata 'better late than never'.
Semua hal ciri ciri, sifat dan apa pa hal lagi tentang GALAXY BEAM.  Tang projector dia yang saya tak guna pakai lagi ..haha ..kurang arif puncanya..Nak tahu sila baca. Saya copy paste terus dari   blog berkenaan. Dah terhilang jejak la pula. Banyak yang nak kena belajar dan baiki ni. Harap tak lambat sangat.huhu..Gadjetnya dah ada pengendalian belum dimaksimakan lagi..


Samsung has announced its Galaxy Beam i8520 Android smartphone with built-in pico projector. The Galaxy Beam is a smartphone running Android OS 2.1 with TouchWiz 3.0 UI.
It features a 3.7-inch 800×480 AMOELD touchscreen and built-in pico projector based on TI’s DLP technology. It gets a 8 Megapixel camera with auto focus and LED flash, a VGA front camera, 16GB internal memory, AGPS, Bluetooth and WiFi.

Masalah yang saya alami adalah , hah pantang letak anak saya si Naufal Arief pasti menyambar untuk main game . Entah apa apa game yang didownloadkan. Cepat belajar budak budakni. Mamanya ja yang slow, bukan la tak sempat . sibuk memanjang. 

paling saya suka gambarnya kameranya SAMSUNG la katakan.. emm cubala tengok 




DEMAM PILIHANRAYA 2013

Senarai pencalonan tela dikeluarkan, ramai muka baru wajah baru yang kebanyakan dari kalangan profesional yang dicalonkan. Nampak sangat reformasi dari Datuk Seri Najib.  Seronok dan tumpang gembira bagi kawan kawan dan kenalan yang dicalokan..Tahniah dan semoga berjaya. Antaranya  YB Suraya Yaacob, Datuk Hashim Jahaya  dan  Datuk M. Karuppanan  . Oops maaf YB Mohd Rawi Abdul Hamid juga..jangan marah ya (calon ini fasih berbahasa Arab, Siam dan Cina) . Pandai mengajar ngaji !!! betulll..

Rata rata bendera dipasangkan, berbagai bentuk replika . Meriah nampaknya. Apa yang tak sedap di mata dan hati adalah  berita berbentuk fitnah yang mengaibkan dikeluarkan oleh pihak pihak tertentu yang saya memanga tak tau sapa dan tak minat nak tau. DOSA tak nak terlibat..minta dijauhkan ya Allah , ampuni hambamu.

Kawasan parkir di bangunan UMNO di Alor Setar dalam suasana krisis yang amat sangat. Ya la setiap hari la ramai yang mengunjungi untuk macam macam urusan perbincangan dan apa saja di saat akhir yang getir. Apamacam boleh tawan semula ke Kedah tahun ni? Agaknya itu soal pokok yang dibahaskan. Dengan kata lain bahasa rumahtangga 'boleh rujuk semula ka' haa..gitu.

Friday, April 5, 2013

AKU DAN KERETAKU

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Kereta pertama saya adalah Proton Saga Manual warna putih model 1.3 Nombornya nya mula  KAA 8***. 
Saya beli kereta ini pada tahun 1991 setelah menabung hampir setahun untuk duit muka . Ohh saya juga dapat pinjaman bebas faedah dari bos saya  Mr Francis sebanyak RM 3,000.00 .  Actually dia yang offer   agaknya faham dengan  situasi saya yang tak cukup duit , after all gaji saya dia yang bayar.  Janji saya bayar balik dengan potongan RM 150.00 sebulan.  Ansuran bulanan pula RM 475.00 daripada  Kewangan Bersatu Berhad (KBB) dah tak ada dah sekarang.  Alasannya bank depa jus kat bawah ofis saya senang urus kata bos saya. Betul sekali. 

Saya langsunga tak ada pengetahuan berkenaan urusan jual beli. Memang dalam keluarga tak ada sesiapa yang berkereta. Saya ditemani seorang sahabat untuk urusan booking. Kalau tak silap saya dari syarikat nama Haruman Jaya  dekat Jalan Putera, Mergong Alor Setar (dah tutup dah). Prosesnya agak mudah cuma bagi potostat IC , slip gaji dan lesen memandu (baru). Bagaimanapun tak perlu lekatkan label P seperti sekarang nih..

Perasaan saya bila dapat panggilan kereta saya dah ada siap untuk ambil uhhh..lala macam nak terbang. Suka sangat macam tak caya tapi nyata. Ehh sapa nak pandu balik, saya tak cekap lagi nih..terus cal Herlina dan dengan senang hati menemankan saya untuk memandu pulang kereta putih saya..wow..

Malamnya saya tak lena tidur . Perasaan yang sama macam dapat baju baru untuk raya..tak sabar menunggu siang hari Raya untuk memakainya..anda tahu kan bagaimana rasanya. Sekejap sekejap bangun selak langsir, bimbang kereta hilang dari pandangan. Oh lupa nak habag siap beli selimut kereta lagi. Siap set untuk mencuci. Semangat kereta baru la kan. Masa itu saya tinggal menyewa dengan 4 sahabat di Taman Rakyat , Jalan Sultanah.

Besoknya saya tak berani nak pandu ke ofis lagi, tinggal ja kereta di rumah dan naik bas sahaja.  Semasa di ofis tak dak lak bimbang kereta hilang. Komited dengan kerja tak sempat nak fikir lain hal yang tak relevan.. rajin la sangat kan.

Bos saya kemdian tanya mana kereta. Saya kata tak konfiden memandu takut tergesel ke apa. Nak tau dia kata apa hah. " u balik balut kereta simpan di dalam kotak ( in english) . Kena pandu juga ambil experience kalau tergesel itu biasa memang kereta itu dicipta untuk dipandu okey..

Saya tak cekap tukar gear.. kereta saya pernah mati dekat bulatan Teluk Wanjah.. kena tegur dan digelakkan kereta sebelah . Oo malunya dan pekakkan telinga buat bodoh. Kereta baru enjin boleh mati ke.

Sekali tu perkara yang saya bimbangkan betul betul terjadi. kereta saya dihantuk dari sebelah kiri dekat bulatan Teluk Wanjah pecah lampu kiri . Alahai sedihnya laa. Alhamdulillah saya selamat. Tak apa lampu boleh ganti keselamatan lebih penting kan kan.

Well itu dulu, masa masih gadis muda. Saya pernah ditegur semasa nak keluar dari parking saya ditanya ni pinjam kereta ayah tak bagi tau ka. nampak mcam terhegeh hegeh nak keluarkan kereta ..muka pun inecen semacam polos.

Sekarangni saya memandu macam Lisa Kelley pemandu wanita yang berani dengan lorinya dalam program apa tu yang bawa barang lau jalan jalan yang merbahaya selekoh , bukit , gaung bagai. Kata anak anak la..hehe perasan la pulak eh. Well saya drive sendiri ke Cameron Higland, Melaka dan Putera Jaya dengan keluarga of course. Abah anak anak rabun penglihatan itu la fasal saya yang drive kan, kan.
Tapi bukan dengan Proton Saga ..kereta lain pula. Lain kali sambung na.



Thursday, March 21, 2013

PERGI TAK KEMBALI

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Assalamualaikum,
Tanggal 14 hb. Mac ,2013  bonda mertua yang dikasihi Jariah Binti  Abdullah telah kembali ke Rahmatullah..selepas tamat majlis membaca Yassin..malam Jumaat. Perginya dengan aman seperti orang tidur lena. Sebelum itu telah dimasukkan ke wad petang hari Selasa 12hb. Mac, 2013 . Berusia 76 tahun semasa pemergiannya yakni setelah 5 tahun suaminya pergi. 

Allahyarhamah menimggalkan 7 orang anak dan  30 orang cucu. Sebelum itu telah hampir tiga tahun  dalam keuzuran. Pada tahun terakhirnya hanya terlantar diperbaringan, lemah sekali. Segala makan pakai, kebersihan diri atas ehsan orang lain.  Allahyarhamah dijaga oleh dua orang anak perempuannya Rohana dan Rohayati secara bergilir gilir. Paling lama menyumbang tenaga  adalah Kak Ana. Semoga Allah memberkati keduanya. Di sini saya rakamkan ribuan terima kasih dan kesyukuran atas jasa baik kedua saudara dan adik beradik lain yang juga banyak membantu.

Sesunggunya Allah Maha Kaya, mak diambil secara perlahan lahan dari kami. Pada mulanya emak seperti orang yang nyanyuk, lupa. mak yang rajin bercakap tiba tiba menjadi pendiam. Semasa musibah ini menimpa emak berada di rumah saya. Peristiwa terjadi sehari selepas kami kembali dari Putra Jaya. 

Semasa hayatnya emak seorang yang pandai memasak dan menjahit. Banyak berjasa kepada masyarakat setempat. Emak selalu memandikan jenazah dan pandai mengurut . Kenangan anak anak dan sering dirindukan adalah roti canai segera buatan mak. Oleh kerana anak yang ramai dan suka makan roti canai, emak belajar sendiri membuat roti canai. Siap dibekukan untuk bekalan saya ke Alor Setar. Emak juga pandai mengaji dan berpengetahuan dalam bidang agama. Semoga Allah mencucuri roh emak dan emak ditempatkan di kalangan orang beriman.




Apabila meninggal anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang diajarkan dan doa anak yang soleh. Ingatlah permata hatiku, teruskan amalan baikmu kirimkan pahala kepada daatuk dan nenekmu. Amalkan pesanan kebaikan yang mereka tinggalkan. Jangan biarkan mereka menunggu pahala dari kita..bantulah semampumu anak anakku. Al Fatihah..

Saturday, March 9, 2013

RESEPI KIMBAB

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Assalamualaikum! Hari ini saya nak share sesuatu dengan sesiap yang terbaca ruangan blog saya . Setakat ini cuma anak anak saja yang follow ..

Saya teruja dan tertarik dengan makanan 'kimbab' Korea yang biasanya dijadikan bekalan diisikan di dalam bekas dengan susun atur yang menarik. Cantik dan nampak sedap dengan sayuran dan lauk yang tentunya baik untuk kesihatan. Ingin tahu lebih lanjut saya pun tanya dengan Mr Google. Haa siapa nak tau macam mana resepi untuk ubah selera sekali sekala . tak yah pi restoran kalau mahu   klik di sini
Lengkap dengan resipinya. Satu lagi ada ditunjukkan dengan cara menggulungnya lagi di sini www.seriouseat.com dengan tajuk 'how to make kimbab' . Menarik sekali seperti foto yang ditunjukkan. Warna menarik dan khasiat makanan yang seimbang. Sila jamu mata dari imej yang dicopy dari Mr Google. 
Saya pasti akan mencuba resepi ini. Biar anak anak mencuba dengan olahan selera melayu pastinya, hehe
In Sya Allah