Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.
Suasana di Masjid Aman selepas solat Asar nampak begitu ramai orang . Kereta berderet parkir di kiri jalan ke jalan besar menghala ke Mergong. Agak mengganggu perjalanan kenderaan yang bertali arus. Semua anak anak negeri yang berhijrah kembali ke kampung halaman bagi tujuan yang satu, PRU 13. Meriah sungguh , tapi apa niatnya, masjid penuh dengan jemaah. Kalaulah boleh dikekalkan suasana ini, In Syaa Allah. Jangan atas alasan nak menang ja. Dok jaga kepentingan kita saja, tak jaga hak Allah. Allah tidak berkepentingan dengan kita sebaliknya kitalah yang sering bergantung kepada Allah..
Pagi ini 5 hb. Mei, 2013 anak anak gembira pulang dari masjid selepas solat Subuh. "Mama, ada tahlil mendoakan kejayaan Dato' Latt Shariman . Depa mai masjid dengan keluarga ". Naufal Arief comel dengan berjubah putih punya abangnya dulu sekarang sudah padan dengannya. Alhamdulillah anakku lelaki semua empat oran g pulang dari solat berjemaah di masjid. Tapi yang dia seronok sangattu sebab dapat bungkusan polisterin berisi makanan dengan air kotak . Rezeki Allah bagi melalui Dato' Latt Shariman.
Makan yang paling sedap yang percuma kan..
Haa.. baca doa makan..Bismillah
foto dari umnokualakedah.blogspot pinjam sat
Ooh, alangkah baiknya sekiranya budaya pemimpin bersolat jemaah dengan anak qariah dikekalkan. Memandangkan kesibukan kerja dan kekangan masa memadai sebulan sekali, paling tidakpun wakil pemimpin. Hidupkan sunnah Rasullullah S.A.W .
Doa saya sentiasa negara kita dipimpin oleh pemimpin yang adil dan negara kita aman tanpa pertikaikan. Walaupun kita berbeda aliran politik tapi kita cintakan keamanan..
foto ehsan dari langitilahi.com
Sebentar lagi saya nak balik ke Yan , nak mengundi calon saya ..In Sya Allah. Lepas ni jari saya begini juga lah..
foto dari billyinfo.blogspot.com . (pohon izin pinjam ya)
No comments:
Post a Comment