Tuesday, September 9, 2014

TAMAN SYURGA

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Assalamualaikum, syukur ke hadrat Allah saya masih bernafas dan direzekikan hidup  bersama keluarga tercinta. Pagi semalam Jumaat 10hb. Januari, 2014 bagi sesiapa yang menonton program Tanyalah Ustaz di mana penceramahnya adalah Dr Danial Zainal Abidin bertajuk Jahiliyah.

Bagaimanakah yang dikatakan jahiliyah sesudah Islam. 



Sungguh saya bersyukur berpeluang berada di 'taman syurga' bersama ahli keluarga saya.


Di sebelah malam pula saya mengikuti ceramah oleh UStazah Nor Hafizah Musa , sekiranyamelalui U tube. Masyaallah, ilmu datang ke rumah . Kita sahaja yang membuat pilihan nak belajar atau tidak. Berdoalah selalu agar Allah memberikan kita pilihan yang terbaik untuk mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.

Kebaikan menuntut ilmu

يَرۡفَعِٱللَّهُٱلَّذِينَءَامَنُواْمِنكُمۡوَٱلَّذِينَأُوتُواْٱلۡعِلۡمَدَرَجَـٰتٍ۬‌ۚوَٱللَّهُبِمَاتَعۡمَلُونَخَبِيرٌ۬
Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


UPSR 2014

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat


Tuesday, July 8, 2014

BILA RAMADHAN BERTAMU

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.


Bismillahirahmanirrahim, hmm.. sudah masuk 10 hari Ramadhan mengunjungi kita . Macammana dengan layanan anda dan sikap anda terhadap Ramadhan. Bagi yang menerima Ramadhan sebagai tetamu yang dinanti dan istimewa sudah pasti meraiikan Ramadhan dengan menu yang lengkap, beribadat puasa, solat wajib dan sunat, bersedekah , baca al Quran bertadarus dan sebagainya.

Bagi yang tidak menghargai Ramadahan sudah pastinya bersikap sambil lewa, berbasa basi mungkin lalu tidak tegur orang kata. Mengapa Ramadhan itu istimewa dan perlu dilayani sebaiknya.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)


Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)

Nah , kalau sudah begitu banyak keistimewaan dan kenikmatan dan tawaran ganjaran yang Allah janjikan untuk hambaNya , alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak menghargai Ramadhan selayaknya. Kedatangna kunjungan Ramadhan bukan atas keputusan dan ketentuan kita kediri malahan atas ketentuan dan keputusan Allah semata mata.  Siapa yang meyakini akan bertemu Ramadhan sekali lagi.

Jika anda seusia saya yang menjejaki usia emas, pasti sudah ada di kalangan sahabat yang telah pergi terlebih dahulu  meninggalkan dunia ini di antara jarak waktu  Ramadhan tahun dahulu dan Ramadhan sekarang. 

Ramadhan ini adlah waktu selayaknya untuk kita mengambil peluang mengisi sebanyak banyaknya akaun akhirat kita. Saya menyeru diri sendiri dan sesiapa juga yang terpanggil membaca tulisan saya seadanya untuk mengambil peluang. Ayuuh jadi tamak mengutip pahala berbuat kebajikan semampuya. Senyum dan ucapkan salam bila bertemu sesama saudara Islam . 

Mendoakan kesejahteraan sesama saudara sahabat Islam . Menjaga silaturrahim kerana Allah.Ziarahi kedua orang ibu bapa sekiranya mereka masih ada. Berbuka dan bersahur dengan berjemaah, tidak membazir. Mudahkan, tidak susah melakukannya dan pahalanya diganda. Bonus untuk semua yang melaksanakan tanpa ada pilih kasih.

Dan saya juga percaya sebagaimana kita merancang, Allah juga menentukan.
Contoh yang  mudah adalah bersahur.
Sebagai emak saya berusaha menyediakan untuk seisi keluarga tapi pada 10 Ramadhan terbabas juga. Saya tidak terjaga dari tidur...hasilnya kami berpuasa tanpa sahur.

Sayang kami sekeluarga tidak mendapat pahala bersahur..saya berdoa sungguh sungguh selepas solat subuh supaya Allah kejutkan untuk sahur. Sebelum ini saya hanya berdoa untuk berpuasa.

Sabda Baginda SAW: “Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” [HR: al-Bukhari dan Muslim].

Maksud keberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani RA:

"Keberkatan sahur itu  diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyalahi ahli kitab (Yahudi dan Nasrani yang tidak bersahur), menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.”






Friday, April 4, 2014

RUANG KAMAR YANG BAKAL DIUBAHSUAI?

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Anak kedua saya Ahmad Iqbal sanga gemar dengan warna unggu.  Saya secara peribadi merasakan warna ini tidak sesuai dengan anak lelaki. Macam lembuut ja kan. Tapi setelah melihat tips menghias bilik dengan warna unggu (purple) , saya mula tertarik, mengapa tidak, tak kiralah lelaki keperempuan.

In sya Allah masuk dalam senarai projek yang bakal direalisasikan. Ahmad Iqbal yang minat tapi dia lebih banyak tinggal di asrama.

Sejuuk mata memandang, tenang damai dan merehatkan. Saya juga boleh gantikan tema ini dengan warna lain. Sebagai panduan dan idea menarik untuk diadaptasikan ke ruang kamar anak remaja saya lelaki semua. Alhamdulillah.

Bila projek nak mula ya, mesti ada tempohmasa yang nyata, anggaran belanja, dan budget yang ada..hmm satu perkara yang material dalam membuat keputusan.

Kenapa begitu, apa lagi jangan jadikan projek ini satu beban . Perlu penelitian agar tidak  kehabisan, terputus belanja untuk keperluan yang wajib.  

Perkara yang perlu di tambah atau diubahsuai bagi kamar yang sedia ada :-

1.Kita lihat di sini lampu tumpu ;

2. Langsir;

3. Cat dinding dan siling; dan

4. Almari , katil  dan lantai 

Saya tertarik dan akan memasang rak buku seperti para yang ditunjukkan di gambar. Praktikal dan menjimatkan ruang.   

Okey untuk almari dan katil saya abaikan kerana telah ada katil bujang . Katil seperti gambar  lebih sesuai untuk anak yang lebih kecil ( anak yang sekolah rendah). Saya rasa memadai dicat semula dengan warna yang sesuai mengikut tema . boleh jadi unggu. Saya simpan tema ini dalam ingatan. Hihih

Lampu juga saya ikut cadangan seperti gambar ini, hmmm senyum sendiri.
Begitu juga dengan lantai saya terima pakai. Menariik , saya suka.

karpet pula suka hati saya . 
Saya percaya hiasan dan ubahsuai ruang ini juga satu pelaburan untuk kesejahteraan dan kebahagiaan penghuni rumah. Apa macam? 

Bolehhhh  , In sya Allah


foto dari lamandeco.

Dekorasi Halaman Rumah: RAHSIA HIAS RUMAH RUANG SEMPIT

 Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Assalamualaikum , saya cuma ingin berkongsi  tips dekorasi dari blog laman deco



Menarik sekali dan diharapkan tips yang diberikan dan dikongsikan dapat dimenafaatkan oleh semua pembaca.

Doa saya rumah yang kemas dapat membangkitkan keselesaan penghuni . Tipsnya seperti di bawah sila baca. Saya copy paste saja dari blog lamandeco dengan izin. Terima kasih ya..



Dekorasi Halaman Rumah: RAHSIA HIAS RUMAH RUANG SEMPIT: 



Panduan ini boleh diguna pakai dan amat sesuai untuk rumah teres dan apartment. Jangan kecil hati dengan rumah yang kecil tapi jadikan ruang sempit rumah anda menarik da comel.
 

5 RAHSIA HIAS RUMAH SEMPIT

1. Tentukan tema dekorasi berpandukan warna, corak dan motif yang membantu memberikan kesan bagi ruang seperti warna yang lembut, cerah dan corak yang meninggi ke siling.

2. Gunakan beberapa jenis lampu dan cermin di bahagian dinding bagi menampakkan efek ruang yang lebih luas. Sebagai contoh anda boleh gantungkan cermin yang besar dengan pencahayaan penuh. Ini memberi ilusi pantulan dan kesan pencahayaan akan menampakkan ruang lebih luas.

3. Penyusun perabot juga memainkan peranan yang penting. Seeloknya kenal pasti apakah fungsi ruang  dan susun perabut mengikut fungsi ruang tersebut agar nampak praktikal dan sesuai. Pastikan juga ada ruang untuk anda bergerak dan aktiviti lain seperti ruang untuk anak-anak anda bermain. Beli perabut yang padan dengan saiz ruang rumah. 

4. Pamerkan, perhiasan dan aksesori yang bersesuaian sahaja. Sebagai contoh frame gambar, bunga hiasan dan sebagainya. Jangan letak terlalu banyak aksesori dan perhiasan, kerana ia akan membuatkan ruang menjadi sesak dan sempit.

5. Gatungkan langsir yang tinggi dari siling ke lantai bagi menampakkan kesan yang luas dan menampakkan ketinggian siling. Bagi menjadikan ianya lebih menarik, seeloknya gunakan fabrik yang lembut dan beralun.



Thursday, March 27, 2014

ANTARA MH 370, DADAH, JEREBU DAN AIR

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Bismillahirrahmanirrahim,

Pada 8hb Mac, rakyat Malaysia dan seluruh dunia dikejutkan dengan  berita kehilangan pesawat MAS BMH 370 yang hilang dari radar dan tidak dapat dikesan . MH 370 membawa 239 penumpang termasuk anak kapal. Pesawat dikendalikan pilot berpengalaman Kapten Zaharie Ahmad Shah. Dalam proses pencarian solat hajat dianjurkan di masjid masjid memohon pertolongan dan petunjuk Allah Swt.

Dalam negara bersedih dan berdoa untuk keselamatan penumpang dan pesawat ditemui Malaysia dikejutkan lagi dengan berita kematian 6 orang remaja dalam satu konsert muzik di Stadium Bukit Jalil akibat mengambil dadah. Berita ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kebanyakan kerana ternyata penganjur langsung tidak prihatin tentang situasi negara yang mendung. Sungguh memalukan dan mengharukan kerana penganjur juga adalah antaranya Kementerian Pelancongan (jabatan kerajaan ) . Sudah terang lagi bersuluh betapa akhlak remaja dan  keprihatinan Menteri bekenaan adalah di tahap yang paling parah. Saya rasa tak percaya kelakuan remaja yang amatlah tidak senonoh ini adalah di negara saya Malaysia. Apatah lagi dalam situasi semasa yang murung.

Di dalam masa yang sama juga masalah jerebu yang berlaku setiap tahun tapi paling paling parah di Mac 2014 juga. Astagfirlahalazim..
Alhamdulillah di Kedah , jerebu tidak teruk tapi kebakaran la pula. Siren bomba setiap hari. Sampai saya terasa kesianlah dengan anggota bomba yang bertugas ditengah terik matahari. Panaaas sungguh di Kedahni.. Terfikir pula di minda entah bagaimana panas di Mahsyar nanti..Tidak ada penghawa dingin , tidak ada ikhtiar lagi

Malaysia juga dalam masa yang sama dilanda panas yang melampau sehingga air di empangan berkurangan. Akibatnya bekalan air dicatu di negeri Selangordan juga Johor. Bagaimanapun liputan catuan di Selangor mendapat liputan luas. Pusat media berada di Selangor tentunya. Banyaklah masjid menganjurkan solat hajat memohon hujan dan meminta pertolongan Allah.

Misteri kehilangan MH370 tamat bila PM Malaysia mengeluarkan kenyataan ia terjatuh di lautan Hindi dan semua penumpang mati ..Allah..
Innalillah hiwaiinailahirojiun..
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.l

Dalam malang menimpa ada hikmahnya.

Akibat tragedi MH370 , rakyat Malaysia bersatu, kerajaan dan pembangkang.
Melayu , China dan India berdoa untuk mangsa dan ahli keluarga mereka.
Doa saya semoga Allah menggantikan kehilangan yang mereka alami dengan perkara yang lebih baik.

Dunia mula kenal dengan Malaysia keran liputan berita antarabangsa yang meluas berkenaan tragedi.

Laporan media barat khususnya CNN yang memperlekehkan Malaysia menunjukkan sifat buruk media Barat yang suka memutarkan belit dan memfitnah Malaysia.

Segala bencana dan petaka membawa kita muhasabah diri dan menghargai ahli keluarga dan sahabat. Mati itu pasti tidak mengenal usia dan bagaimana sebabnya.

Kita mengenali dan mengakui kepakaran pilot kita orang Islam Melayu seperti Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Kapten Noruddin Majid.

Kita menghargai Malaysia dan pemimpin kita KECUALI Menteri pelancungan.
Datok Hishamuddin mendapat pujian banyak pihak. 

Semoga kita semua mengambil iktibar dari semua kejadian tersebut