Friday, March 1, 2013

KENAPA BERLEMBUT

Assalamualaikum! 
Hari ini saya nak tanya  perlukah kita berlembut? Bila nak berlembut dan dengan sapa yang perlu berlembut.
Haa..apasal pula tanya semua ni. Itu la saya agak kesal dan sedih dengan insiden yang  menimpa 2 orang tentera Malaysia di Lahad Datu.
 Menteri berkenaan di dalam kenyataannya menyatakan ' tentera kita tidak memulakan tembakan dan kita masih berlembut kepada mereka, kenapa mereka menyerang?

Perlu ka kita berlembut di sini.. kesal sungguh kesal. Rumah kita diceroboh , kita dengan lemah lembut dan memberi pilihan kepada penceroboh. Apa ini?  Suka suka hati dok tunggu dan lihat.

Tiada insiden tembak di Lahad Datu

KOTA KINABALU 15 Feb. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya berlaku aksi tembak-menembak di Lahad Datu melibatkan sekumpulan orang yang mahu dikenali sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu Filipina.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, keadaan di daerah itu selamat dan tidak berlaku sebarang ketegangan, malah terdapat perkembangan yang amat positif berhubung rundingan yang dilakukan dengan kumpulan tersebut.
Katanya, situasi di kawasan pesisiran Pantai Tandao berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu itu terkawal dan tiada pihak yang boleh masuk serta keluar ke lokasi kejadian secara bebas.
“Pelbagai andaian telah dibuat oleh orang ramai berhubung kejadian ini tetapi apa yang boleh saya tegaskan bahawa keadaan di sana adalah selamat dan perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat," katanya di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130216/dn_08/Tiada-insiden-tembak-di-Lahad-Datu#ixzz2MLu3uRkk
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Foto


Dah jadi camni , nak buat apa dah..anak anak isteri simati yang merasa. Satu  Malaysia tunggu dan lihat. sedih , sedih , sedih sungguh!!!
Agaknya strategi dan firasat apa lah yang digunapakai oleh Menteri dan  pemimpin tertinggi pasukan keselamatan kita.


Satu hal lagi tentera kita yang terlatih , mudah sahaja ditembusi penceroboh. Bagaimana kawalan keselamatan agaknya..Ya Allah, hanya Engkau sebaik baik Pelindung. Kami memohon perlinduanganMu dari bahaya yang nampak dan tidak nampak. Lindungi kami dari orang yang zalim.

Friday, February 22, 2013

APA YANG BEST

Kami telah diperkenalkan dengan satu produk minuman tambahan untuk kesihatan. haa.. beginilah rupanya.Orang yang bertanggungjawab adalah kakak ipar saya Rohayati Abdul Rahman.
Mulanya kami gunakan sendiri seisi keluarga. Khasiatnya adalah :










Harganya adalah RM 100.00 sahaja. Setelah menggunakan sendiri dan mendapati sesuai dan agak berkesan seperti testimoni suami saya yang mengalami masalah buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu, walit stevia dan walit ginseng membantunya dalam pembuangan kencing. Suami saya juga berkongsi pengalaman dengan beberapa pesakit lain di pusat dialisis tempat dia dirawat.
kami mendaftar sebagai stokis mobil.Sesiapa yang ingin mencuba boleh pm suami Rohaizan  Bin Abdul Rahman di telefon 012-5246335.
Semoga dapat membantu insan lain di samping mengisi masa dan untuk pendapatan sampingan..hehe In sya Allah.
Sila lah minum walit stevia dan ginseng..rasanya emm sedap. Minum dengan senyum dan baca bismillah dan selawat terlebih dahulu..semoga diberi kesembuhan kepada penyakit yang ada dan mengekalkan kesihatan untuk yang sihat.
Aaa apa yang best?
Tentulah DNA Best Marketing Sdn Bhd. Ayoh sertai kami:


Sunday, February 10, 2013

AKTIVITI HARI CUTI TAHUN BARU CINA 2013

Semalam kami hadir ke kenduri kahwin di kampung suami rumah mak caq Sidahnya. Ketibaan disambut dengan nasyid 'Ya Nana' dari kumpulan nasyid sekolah tahfiz tak silap saya. Merdu sekali, anak anak lelaki comel berjubah dan berserban putih berwajah ceria jernih.  Nasi minyak masak hitam daging dan tapai sebagai pencuci mulut. Bekas kecil berisi kurma dan kismis diberikan kepada jemputan sebagai buah buah tangan. Meriah sekali..makan di bawah khemah dalam terik matahari..reseki .  Alhamdulillah

Suami tidak melepaskan peluang singgah sekejap di rumah emak yang usang lenggang (mak tinggal di Kulim sebab uzur yang bersangatan ). Masuk waktu zohor , suami dengan segera mengambil peluang azan di surau berhampiran. Nostalgia zaman bujang agaknya..semasa belum berhijrah ke Alor Setar, beliau kerap mengazankan solat  di surau kampung Batu 22, Selama, Kedah. Tinggal kenangan..

Surau kini telah berubah wajah digantikan dengan bangunan batu dengan tingkap dan pintu kaca  sliding.  Tandasnya sudah dibina cantik dan bersih. Cuma tekanan air agak perlahan , mungkin juga disebabkan kemarau dan ramai pula jemaah. Majoriti jemaah ketika zohor adalah jemputan yang hadir ke kenduri kahwin rumah Mak Chaq. Hmm..selesa rumah berhampiran surau ni. Hadirin dapat keselesaan bersolat. Rezeki yang diberi Allah untuk tuan rumah kenduri dan jemputan yang hadir.

Surau ini adalah sumbangan  ikhlas daripada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah. Semoga mendapat keberkatan dan dimenafaatkan oleh penduduk kampung sepenuhnya.

Selesai solat , suami dan anak anak berziarah kekubur bapa mertua berhampiran surau. Alfatihah buat arwah. Kami merinduimu ayah.

PECAH KACA PECAH GELAS..

Assalamualaikum! Pagi Jumaat -air pasang pagi surut pukul lima..buat apa ? Cam tak tau la pula ha..susun pinggan , jerang air, lap sana sini , capai itu capai ini dan pranggg..

Saya ini agak lambat buat kerja kena ambik masa, mula awal apa apapun . tak kelam kabut. Itu pun cuma sempat buat sarapan yang simple simple saja.roti telur gorang, sandwich dan roti sosej la yang kerap saya buat. Sudahnya cuma anak anak yang makan. Saya sendiri dan suami tak minat..

Dalam dok kalut nak buat itu ini, tetiba pulak , pranggg ...sebiji gelas jatuh berkecai. Alhamdulillah tidak kena kaki. Ahmad Aidil Ashraf cepat menerpa ke dapur..kena kaki ka nampak cemas dia. Sayang dengan mamanya. Okey tak kena. Gelas tersangkut kat lengan baju kelawar mama. lain kali nak buat kerja kena singsing lengan no. Bukan nak gadoh ja..Haa..ingat ingat. pecahnya lebihkurang foto fatin di bawah ini.


foto ehsan fatinfairuz.blogspot. poson izin share di sini

Pecah kaca, pecah gelas;
Sudah baca harap balas.

Kalau saya tak lupa inilah pantun yang kerap tertera di kad kad raya dulu pra cyber.
Sekarang dah lain, fb , whatsapp bagai eeei..
Pantun dua kerat pun menghilang..

Friday, February 1, 2013

PENDIDIKAN TADIKA

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.


Mama dulu pi tadika dak? . Tak, tadika jauh dari umah . Ramai kawan kawan sebaya mampun tak pi tadika, jawab saya.

Abih tu mama buat apa tak pi sekolah?, tanya lagi. Mama dulu banayak aktiviti luar umah..kalau hari cuti mama tak dok umah, bermain saja. Main apa? cer cite cer cite si sulong pula interframe..


Mama dulu masa umur 5, 6 tahun tak sekolah. Masa itu mama duduk di Kuala Kangkong. Mama ada kawan nama Nah dengan Cik Bada. Kami main dangau (pondok pondok). Kami ambil jantung pisang. Koyak kelopak dia gulung gulung kemudian potong , cucuk dengan lidi kononnya sate. Mama ambik daun lapik dengan bunga raya warna kning, merah kemudian gulung lagi potong. Cantiklah rupanya hijau ditepi dan tengahnya ada warna kuning dan merah. KAmi ketuk tempurung nyok(kelapa) jadikan piring. Tempurung bahagian bawah yang tidak berlobang kami jadikan periuk. Masa itu semua permainan takdak keluar belanja . handmade hehehe..





foto tempurung ihsan Google image

pohon izin zirajohari.blogspot untuk share imej jantung pisang di sini.




Bila cemuih( bosan) masak masak kami main anak patung pula. Tentunya bukan barbie. anak patung plastik ja. Tangannya cuma boleh pusing lengan ja..silap silap tercabut. bajunya sepasang ja. Mama ni betuah sebah kak mama arwah Makngah pandai dan rajin jahitkan baju dari perca kain untuk anak patung mama. Jadinya anak patung mama ada baju salin.

Ada masa kami main polis country. Buat kandang iaitu bulatan besar yang dilukis atas tanah . Permainan dalam kumpulan A dan B. Satu jadi polis, satu lagi jadi penjahat. Polis mengejar dan menangkap penjahat untuk diletakakan di dalam kandang. Siapa dapat tangkap semua penjahat dikira pemenang dan baru ditukar pula. Kumpulan yang menang jadi penjahat.

Ada lagi, kadang mama bermain dengan kawan kawan lelaki. Permainannya lain sikit. Nanti kita sambung kalau anak anak mama suka dengar cerita mama..


Saturday, January 19, 2013

RUMAH IDAMAN


Kami telah mendiami rumah kediaman sekarang sejak tahun 1999. Anak kedua saya Ahmad Iqbal Bin Rohaizan dilahirkan setelah 2 bulan berpindah ke rumah ini. Saya mula terfikir untuk menamakan rumah ini. Nama  apa ya?. Ada cadangan sila bagi komen ..

Okey, kebelakangan ini  anak saya terutama yang kecil dah pandai mengomel minta rumah yang bertangga. Bosan katanya rumah takdak tangga aka dua tingkat la..Saya pula rumah sekarang ok, selesa dekat pasar

masjid. Senang nak berjemaah di mesjid terutama sekali di Jumaat Subuh (sujud sajdah) Tapi rumah yang lebih besar tentulah teringin juga. Anak anak juga makin membesar . Ada rumah di kejiranan yang hendak dijual 2 tingkat tapi alahai harganya RM 460,000.00 sampai , Adus..



 Click to view the next image.
                          (Foto dari mudah.my)

2 Storey Semi-D, Taman Rakyat Jalan Sultanah


Cuti hujung minggu Jumaat, Sabtu dan Hari Keputeraan Sultan Kedah kami mengambil kesempatan melawat dan meneliti rumah berkenaan.

Sebenarnya apa yang diperlukan untuk memenuhi ciri ciri rumah idaman. Macammana nak cakap ya. Sebenarnya saya dan suami walaupun tidak pernah melafazkan secara nyata tapi dapat ditelah dari tindakan adalah orang yang simple biasa biasa saja. tidal cerewet tapi yang pasti kami memilih rumah yang dekat dengan mesjid. Ada ruang yang selesa untuk solat berjemaah seisi keluarga..(rumah sekarang kami biasanya gunakan ruang tamu yang betul betul di hadapan pintu utama. Ruang yang sempit tepatnya.

Bagaiamanapun saya diam diam merasakan walaupun mungkin ramai suri yang tidak sependapat adalah bahawa rumah idaman adalah bilaman  isi rumah dapat berkumpul , beraktiviti bersama. Contohnya makan bersembang dan beribadat mengikut syariaat.

Kami tidaklah alim sangat tetapi berusaha untuk memperbaiki diri dan menambah ilmu.. Kebelakangan ini setelah sikecil sihat (khatan) semua anak lelaki bersama abahnya akan ke masjid Aman yang berhampiran untuk solat bila hari cuti sekolah. Saya pasti keadaan ini akan berubah sekiranya kami tinggal berjauhan mesjid kerana suam saya tidak lagi boleh memandu. Matanya rabun dan jarak penglihatan agak terhad disebabkan masalah kencing manis dan buah pinggang.

Namn saya berdoa untuk mendapatkan rumah idaman yang lebih selesa. Ya Allah aku mohon dipermudahkan urusan bagi mendapatkan rumah idaman  sekiranya yang terbaik bagi kami. Sesungguhnya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kami.. Amin


Tuesday, January 15, 2013

Whatsapp?

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.


Saya agak baru dikenalkan dengan whatsApp oleh seorang kawan. Mungkin dari perkataan Whats   
Up?.  Mulanya saya teruja mengaplikasikannya.  
Saya dapat berhubunga dalam satu kumpulan seperti ahli keluarga misalnya dengan membina kumpulan yang dinamakan ikut suka hati. Kumpulan pertama saya bentuk adalah keluarga.

Kemudian 'Legal  Eagle'  saya dimasukkan oleh kawan kawan yang ahli. Bagaimanapun bagi saya aplikasinya agak terbatas. Saya akui saya ni old fashion tak puas berbual di alam maya. Tambah lagi sejak konvokesyen , ramai anggota Legal Eagle yang saya tidak berjumpa.  Sudah hampir 23 tahun berlalu saya tamat belajar di Fakulti Undang Undang Universiti Malaya. 

Entahlah.. saya rasa tidak pandai nak mencelah perbualan dan memberi komen. Bimbang tidak kena dan mendapat respon yang negatif. Setakat ini saya cuma mengintai dialog kengkawan dan foto foto mereka. Ramai juga member yang seperti saya agaknya sebab asyik asyik orang yang sama saja terlibat.

Di usia sebegini sudah tentu masing masing banyak komitmen. Tapi saya tabik dengan mereka yang berupaya berinteraksi di alam maya ini. Saya sudah tua kot, nalurinya rasa sudah lain.Minatnya berbeza