Sunday, February 10, 2013

AKTIVITI HARI CUTI TAHUN BARU CINA 2013

Semalam kami hadir ke kenduri kahwin di kampung suami rumah mak caq Sidahnya. Ketibaan disambut dengan nasyid 'Ya Nana' dari kumpulan nasyid sekolah tahfiz tak silap saya. Merdu sekali, anak anak lelaki comel berjubah dan berserban putih berwajah ceria jernih.  Nasi minyak masak hitam daging dan tapai sebagai pencuci mulut. Bekas kecil berisi kurma dan kismis diberikan kepada jemputan sebagai buah buah tangan. Meriah sekali..makan di bawah khemah dalam terik matahari..reseki .  Alhamdulillah

Suami tidak melepaskan peluang singgah sekejap di rumah emak yang usang lenggang (mak tinggal di Kulim sebab uzur yang bersangatan ). Masuk waktu zohor , suami dengan segera mengambil peluang azan di surau berhampiran. Nostalgia zaman bujang agaknya..semasa belum berhijrah ke Alor Setar, beliau kerap mengazankan solat  di surau kampung Batu 22, Selama, Kedah. Tinggal kenangan..

Surau kini telah berubah wajah digantikan dengan bangunan batu dengan tingkap dan pintu kaca  sliding.  Tandasnya sudah dibina cantik dan bersih. Cuma tekanan air agak perlahan , mungkin juga disebabkan kemarau dan ramai pula jemaah. Majoriti jemaah ketika zohor adalah jemputan yang hadir ke kenduri kahwin rumah Mak Chaq. Hmm..selesa rumah berhampiran surau ni. Hadirin dapat keselesaan bersolat. Rezeki yang diberi Allah untuk tuan rumah kenduri dan jemputan yang hadir.

Surau ini adalah sumbangan  ikhlas daripada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah. Semoga mendapat keberkatan dan dimenafaatkan oleh penduduk kampung sepenuhnya.

Selesai solat , suami dan anak anak berziarah kekubur bapa mertua berhampiran surau. Alfatihah buat arwah. Kami merinduimu ayah.

No comments:

Post a Comment