Showing posts with label GIGI. Show all posts
Showing posts with label GIGI. Show all posts

Friday, June 21, 2013

CABUT GIGI 11

Kali pertama saya mengunjungi klinik gigi adalah semasa berusia sekitar 5 atau 6 tahun dulu. Saya ingat yang saya sakit gigi dan menangis kerana tidak tahan sakit. Ayah kata kalau gigi tengah sakit tidak boleh dicabut. Sakitnya sehingga bengkak. Pipi saya herot sebelah. Saya ingat emak sapu air asam jawa di pipi yang rasanya sejuuuk sangat. Saya terus menangis sampai terlena. Emak juga ada carikan sejenis ubi kecil warna putih yang diasah dibuntut pasu dan disapukan ke pipi yang bengkak.Sejuk air ubi itu bercampur dengan sejuk tangan emak..nostalgia.  Masa tu saya tak ada la kelas tadika ka apa. Emak pula memang suri rumah dan ayah berkedai. Rumah kami adalah rumah kedai yang disewa cuma.

Setelah dua hari macamtu ayah bawa saya ke klinik gigi di Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar.
Kami bertolak dari Kangkong naik bas Mara. Sebelum itu ayah jemput Makcik Pah(emak tiri saya) untuk temankan kami bersama.

Ayah bawa saya ke klinik swasta . Doktor India yang mencabut gigi saya tu memang pandai mengambil hati budak macam saya. Berbual bual dulu untuk alihkan perhatian dari gigi yang nak dicabut. Saya rasa senang macam budak la. Innocent tak tau apa, tapi bila dah cabut tu nangis juga,sebab takut tengok alat alat dia tu.




Sudah tu ayah dengan makcik bawa saya tengok wayang cerita hindustan. Sebelum tu siap beli buah dan keropok. Gembiranya saya tengok skrin besar gambar warna lupa pasal gigi..hehehe.

Gigi yang sakit tu gigi geraham , selepas tu gigi  susu lain cabut sendiri ja pakai benang dan tolak tolak dengan lidah. Hmm itula kali pertama tengok wayang kat panggung. Sebelumtu cuma wayang pacak gambar hitam putih dari Kementerian Penerangan saja. Ada la tengok gambar menteri melawat ke Arab Saudi ke mana mana la.. Kadang drama Melayu heronya Rahim Razali dengan heroin Sharifah Aini tak silap saya.

Semasa saya di darjah 5 dan 6 di Sekolah Kebangsaan Yan Kecil, Yan, Kedah saya ada juga ke klnik pergigian kerajaan di Ruat. Saya dan kawan kawan dibawa dengan van klinik . Sambil tunggu giliran kami cari buah janggus yang ada di kawasan klinik. Suka ja dapat naik van free. Masa tu jarang dapaat naik kereta (kenderaan). Satu tahun pun tak habis jari sepuluh. Hari hari naik mutumit ja . Hmmm,

Pada catatan tambahan ini anak sulung saya baru saja mendaftarkan diri ke program Tamhidi pergigian di USIM. Semoga Allah permudahkan. Amiin.





Thursday, June 20, 2013

TAKUT CABUT GIGI

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.


Assalamualaikum, diam tak diam kita sudah menjejak hari ke 11 bulan Shaaban 1434. Menghampiri Ramadan yang penuh keberkatan. Jadi apa persediaan anda bagi menyambut Ramadan yang dinantikan. Bulan di mana Allah Subhanahu Wataala menjanjikan banyak pahala.

Bagi saya sendiri setelah bertangguh buat kesekian kali, saya nekad untuk kali ini meneruskan niat saya bagi tujuan yang satu, LillahiTaala. Gigi geraham saya yang sudah rosak berlubang tidak boleh diselamatkan lagi. Jadi untuk apa ditangguhkan lagi, bimbang sakit gigi di bulan Ramadan yang sudah menghampiri. Alangkah terganggu dan ruginya jika sakit. Mana yang boleh dielak mari kita elakkan

MEngambil kesempaatan dan pulang kerana rakan yang memahami ada tugasan di Kangar, saya pun apa lagi menmpang ikut ke Kangar mengunjungi Klinik Gigi Tan Kee Kian. Kenapa sampai ke Kangar, hah apa lagi berita yang katakan Dr Tan cabut gigi tak sakit...

Oooh , saya perasan umur sudah dewasa dan berusia menghampiri 50an sudah , saya berani menghadapi tekanan cabut gigi. Hakikatnya ooh tidak. Saya langsung berdebar sebaik saja melabuhkan punggung kekerusi yang boleh naik turun dan tegak baring iteww..huhu,
Irama muzik instrumental yang dialunkan langsung tidak menenangkan saya. Muzik yang dipasang pihak klinik agaknya untuk menghilangkan rasa gemuruh pelanggan mereka.
Rabbi Yasir Wala Tua'sir, saya berdoa minta Allah permudahkan operasi cabut gigi dan tidak berhenti berselawat.

Alhamdulillah rakan yang memahami menemani sehingga selesai operasi mencabut gigi geraham bawah saya..Takut sungguh. Kaki saya sampai menggeletar..

Seperkara yang saya perasan, Dr ini tidak menyuntik gusi saya . Dia hanya menggunakan ubat pelali dengan cara spray dua kali di bahagian gusi gigi berkenaan. Difahamnkan rasa kebas akan terasa dalam tempoh dua minit. Cepat kan. Lagi satu bibir saya tidak terasa tebal seperti pengalaman masa muda saya dulu. Lama dah lebihkurang 20 tahun duluuu!

Saya takut sungguh, badan otomatik jadi kejang, releks kata Dr. Setelah bunyi prak, prak dua kali saya diminta berkumur dan itulah siap, kapas dimasukkan dan saya menggigit kapas.
Keadaan gigi geraham saya sebelum dicabut lebihkurang beginilah seperti gambar di atas .
Dalam proses mencabut gigi tersebut pecah 4. Cuma bahagian tunjangnya saja yang masih baik.Repuuut..

Pulangnya setelah hampir tiga jam gusi mula berdenyut pedih. Setelah ambil anak dari sekolah terus ambil Panadol dan tiduuur.

Petangnya makan bubur nasi cuma. Hari ini gusi saya rasa pedih berdenyut. Namun projek saya untuk menghadiri sessi rawatan gigi sebelum Ramadan. Ada beberapa batang lagi gigi yang perlu diselamatkan..Alahai

Sekian dulu kisah saya dan gigi.