Showing posts with label AYAH. Show all posts
Showing posts with label AYAH. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

NIKMAT BULAN MARCH

Astagfirlahalazim....
Bismillahirrahmanirrahim...

Bulan Mac, 2015 hampir sampai ke hujungnya. Sebentar lagi saya bakal mencapai usia separuh abad sudah.
Banyak perkara terjadi dalam keluarga saya sepanjang tempoh sebulan ini. Allah nak bagi, Allah uji..
Subhanallah.

Dalam kelas tafaqquh yang saya berpeluang hadir setelah lama cuti, ponteng atas berbagai alasan dan sebab..Ustaz Naser Awang ada menyebut ujian Allah itu datang dalam berbagai bentuk. Bersyukulah apabila ditimpakan ujian sakit dan susah. Kenapa?
Sebab bila sakit , bila susah manusia akan cepat dan segera  ingat  kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Tapi bila ditimpakan dengan ujian kesenangan dan kemewahan seperti sihat, beharta..manusia cepat  lupa dan lalai dari  mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.

Ok berbalik kepada kisah keluarga saya, setelah lama berjuang , berjihad maka pada 3 hb. Mac, 2015 tibalah harinya keputusan peperiksaan SPM 2014 diumumkan. Ini melibatkan buah sulung dari benih yang saya dan suami semai dan tanam, sama sama kami bajai dengan sokongan dan bantuan dari para guru. Sepanjang malam saya rasa macam panjang..tidak sabar menunggu siang.  Lebikhkurang perasaan kanak kanak saya dulu semasa menunggu matahari Syawal. Masyaallah..berdoa sepanjang malam semoga anak sulung saya Ahmad Naim berjaya dalam perjuangannya menimba ilmu.

Sehari sebelum itu saya tanyakan adiknya Ahmad Aidil  yang ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah sejak 1 hb. Mac, 2015.  kerana masalah usus (saya akan ceritakan di ruangan lain.)  sama ada dia mahu saya temankannya atau  menemankan abang Naim ke Maktab Mahmud . Dengan bersahaja  dia kata mama temankan abang Naim sahaja. Ya Allah ..anak ini sakit..seorang lagi pula menanti hasil balasan pelaburannya..Engkau sahaja yang menentukannya. 

Ya Allah hampir 18 tahun saya menunggu saat ini. Abahnya tak dapat ikut bersama kami kerana jadual dialisisnya jatuh pada hari yang sama. Abang Naim macam gemuruh berdebar, sama macam nak masuk exam juga . Bimbang tak dapat cemerlang katanya. Saya katakan mama redha apa juga hasilnya dan mama sayang Naim selalu. Mama dah nampak usaha keras Naim.

Saya pergi awal dengan membawa adik bongsu bersama. Kebetulan acara sukan di sekolahnya dan kena jemput awal jadi saya ambil keputusan tak payah ke sekolah sebab memang tak sempat nak menjemputnya balik . Bukan ajar anak ponteng ya..

Ramai waris lain yang sudah sampai..dan syukur ada ruang parkir yang menyenangkan. Kmai ambil tempat di hadapan. Saya duduk di sebelah emaknya Hanafi teman abang Naim juga. Ohh rupanya abang Naim terkenal juga ya sebab emak Hanfi tahu nama Naim!!!
Sebelum itu abang Naim dengan restu kami menyambung pengajian peringkat STAM (Sijil Tinggi Agama)siap beruniform sekolah kemeja lengan panjang putih dan seluar putih bersama rakan rakannya duduk berkumpulan.

Memang berdebar sungguh..beginilah perasaan sahabat sahabat saya yang rata rata telah mendahului kami . Ada anak mereka yang sudah menerima ijazah..apapun jangan membandingkan diri dengan orang lain . Syukur saya diberi nikmat menjadi ibu kepada Ahmad Naim .

Diumumkan oleh guru  bertugas, pencapaian yang sedikit merosot berbanding tahun lepas ( masa ni belum tengok berita , kemudian dimaklum solan KBAT kali pertama). 
7 pelajar atau calon mendapat 11A penuh iaitu 5 perempuan dan 2 lelaki.
11 pelajar atau calon mendapat 10A dan hanya 2 lelaki. 
Ya Allah anakku lelaki, adakah termasuk dalam 4 orang itu.

Di sepanjang tempoh Ting 4 hingga Ting 5, abang Naim tidak pernah mendapat 11A mutlak, 10 pun tidak..debar saya semakin kuat.

Seorang demi seorang nama dipanggil. Cuma 

pelajar atau calon 11A dan 10A sahaja yang akan dipanggil. Ya Allah saya mahu naik di atas pentas itu. Panggil anak saya ya Allah, mata sudah berkaca. Pelajar atau calon 11A sudah disebut , anak saya tidak ada.
Nama Ahmad dipanggil..Allah Ahmad lain, anak orang lain, air mata jatuh saya lap dengan tangan, 
dan Ahmad Naim Bin Rohaizan diikuti jeritan dan tepukan gemuruh..Allah jantung saya seperti melompat. Saya juga seakan mahu melompat ke depan ..Allah ..saya dipeluk emak Hanafi dengan ucapan tahniah tahniah..Subhanallah Alhamdulillah..begitu rupanya perasaan seorang ibu, mana mana ibu pun . Syukur ya Allah..

Segera saya maklumkan kepada abahnya, saudara dan sahabat sahabat yang selalu mengambil berat perihal kami sekeluarga..Tahniah abang Naim.
Berita menggembirakan diterima kemudian 2 sepupunya juga cemerlang dengan 7A .
hari itu abang Niam minta izin pulang berasingan dari saya untuk meraikan dengan kawan kawan. Sebelum pukul 1.00 tenghari dah balik rumah sebenarnya. Saya pula langsung ke hospital dengan Ahmad Naufal Arief. Seronok sangat sampai terlupa nak bergambar bersama. Cuma gambar yang diambil Ahmad Naufal ..Alhamdulillah ada juga..
Kemudian mula lah pula acara memohon tempat ke IPT..persimpangan antara bidang agama atau perubatan yang menjadi impian tuan tubuh..
Ya Allah , saya mohon juga anak saya mendapat tempat di Universiti Madinah dengan tajaan Universiti berkenaan..Allah kabulkan apa yang terbaik untuk anakku..Aminn

Saya pula dalam abang Naim sibuk untuk permohonan disibukkan lagi dengan keadaan adik yang tidak sihat. Hampir 9 hari ditahan di wad. Cuti sekolah seminggu kami tidak dapat bercuti kemana mana seperti biasa. Ditambah dengan cuaca panas yang dirasakan agak melampau bagi tahun ini. 
Ujian gembira dan sakit dalam satu masa. Abah juga demam sehingga menggigil gigil dan muntah yang teruk.
Anak keluar, abah pula ganti di wad kecemasan semalaman..Alhamdulillah pulih.

Kemudian adik sekali lagi maslah mata pula ..Allah .. jangan mengeluh
Allah berikan ku kekuatan dan kelapangan. Mudahkan urusan merawat anak kami ya Allah..
GST jangan diingat sangat,Allah bagi kekuatan saya yakin dengan Allah. Cukup lah Allah Pelindung kami sekeluarga. 


Monday, December 30, 2013

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

30 hb. Disember, 2013 tiba juga. Hari ini Ahmad Iqbal kena kembali ke asrama . Masuk tahun ketiga. Sudah hampir 7 minggu saya tidak menyusuri lebuhraya ke Bukit Kayu Hitam . Laluan lancar dan tidak sesak. Saya ditemani Ahmad Naim, Ahmad Aidil dan Ahmad Naufal..semua putera putera saya ikut bersama..syukur padaMu ya Allah.

Abah cuma mengiringi ke pintu dan tidak ikut bersama. Banyak barang yang dibawa termasuk baldi baru hehe..

Uniform tebal TKRS dua pasang yang lama dan baru. Uniform lama masih bagus tapi ketat dan sendat mendat, saya suruh bawa untuk digunapakai oleh adik adik junior. Ahmad Iqbal makin membesar sudah saiz L . Sayang juga uniform tu mahal juga nak beli baru.

Abang Naim ikut menghantar untuk membantu adiknya mengangkat tilam ke dorm sebab Ahmad Iqbal menghadapi masalah kecederaan di sendi lututnya. Saya sudah memohon laporan perubatan guna mendapat pengecualian dari aktiviti sukan dan seumpama. Sebarang kesilapan mungkin membawa padah seperti yang dingatkan oleh Dr Samad yang merawatnya.

Ahmad Iqbal kata perasaanya bercampur antara suka dengan tidak utuk kembali ke asrama . Macam tu lah juga perasaan saya sebagai emak. Semoga Allah merahmati kami. Belajar itu adalah jihad.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ دَخَلَ مَسْجِدَنَا هَذَا لِيَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْلِيُعَلِّمَهُ كَانَ كَالْمُجَاحِدِ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ. وَمَنْ دَ خَلَهُ لِغَيْرِ ذَلِكَ كَانَ كَالنَّاظِرِ إِلَى مَا لَيْسَ لَهُ
“Barangsiapa yang memasuki masjid kami ini (masjid Nabawi) dengan tujuan mempelajari kebaikan atau mengajarkannya, maka ia laksana orang yang berjihad di jalan Allah Ta’ala. Dan barangsiapa yang memasukinya dengan tujuan selain itu, maka ia laksana orang yang sedang melihat sesuatu yang bukan miliknya” (Hadits Hasan. Diriwayatkan oleh Ahmad (II/350, 526-527), Ibnu Hibban (no.87 at Ta’liqaatul Hisaan), Ibnu Majah (no.227), Ibnu Abi Syaibah (no.33061), dan al Hakim (I/91), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.)

Al Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Jihad melawan hawa nafsu memiliki empat tingkatan:

Pertama: berjihad untuk mempelajari petunjuk (ilmu yang bermanfaat) dan agama yang benar (amal shalih). Seseorang tidak akan mencapai kesuksesan dan kebahagiaan di dunia dan akherat kecuali dengannya

Kedua: berjihad untuk mengamalkan ilmu setelah mengetahuinya

Ketiga: berjihad untuk menda’wahkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahuinya

Keempat: berjihad untuk sabar dalam berda’wah kepada Allah Ta’ala dan sabar terhadap gangguan manusia. Dia menanggung kesulitan-kesulitan da’wah itu semata-mata karena Allah Ta’ala.
Apabila keempat tingkatan ini telah terpenuhi pada dirinya, maka ia termasuk orang-orang yang Rabbani. (Zaadul Ma’ad fii Hadyi Khairil ‘Ibaad (III/10) dengan ringkas. Lihat juga Syarah Tsalaatsatil Ushuul (hal 25-26) karya Syaikh Muhammad bin Shalih al ‘Utsaimin rahimahullah)

Harapan dan doa saya pastinya semua ibu bapa agar anak anaknya tidak mensia siakan peluang dan masa yang ada.

Friday, June 21, 2013

CABUT GIGI 11

Kali pertama saya mengunjungi klinik gigi adalah semasa berusia sekitar 5 atau 6 tahun dulu. Saya ingat yang saya sakit gigi dan menangis kerana tidak tahan sakit. Ayah kata kalau gigi tengah sakit tidak boleh dicabut. Sakitnya sehingga bengkak. Pipi saya herot sebelah. Saya ingat emak sapu air asam jawa di pipi yang rasanya sejuuuk sangat. Saya terus menangis sampai terlena. Emak juga ada carikan sejenis ubi kecil warna putih yang diasah dibuntut pasu dan disapukan ke pipi yang bengkak.Sejuk air ubi itu bercampur dengan sejuk tangan emak..nostalgia.  Masa tu saya tak ada la kelas tadika ka apa. Emak pula memang suri rumah dan ayah berkedai. Rumah kami adalah rumah kedai yang disewa cuma.

Setelah dua hari macamtu ayah bawa saya ke klinik gigi di Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar.
Kami bertolak dari Kangkong naik bas Mara. Sebelum itu ayah jemput Makcik Pah(emak tiri saya) untuk temankan kami bersama.

Ayah bawa saya ke klinik swasta . Doktor India yang mencabut gigi saya tu memang pandai mengambil hati budak macam saya. Berbual bual dulu untuk alihkan perhatian dari gigi yang nak dicabut. Saya rasa senang macam budak la. Innocent tak tau apa, tapi bila dah cabut tu nangis juga,sebab takut tengok alat alat dia tu.




Sudah tu ayah dengan makcik bawa saya tengok wayang cerita hindustan. Sebelum tu siap beli buah dan keropok. Gembiranya saya tengok skrin besar gambar warna lupa pasal gigi..hehehe.

Gigi yang sakit tu gigi geraham , selepas tu gigi  susu lain cabut sendiri ja pakai benang dan tolak tolak dengan lidah. Hmm itula kali pertama tengok wayang kat panggung. Sebelumtu cuma wayang pacak gambar hitam putih dari Kementerian Penerangan saja. Ada la tengok gambar menteri melawat ke Arab Saudi ke mana mana la.. Kadang drama Melayu heronya Rahim Razali dengan heroin Sharifah Aini tak silap saya.

Semasa saya di darjah 5 dan 6 di Sekolah Kebangsaan Yan Kecil, Yan, Kedah saya ada juga ke klnik pergigian kerajaan di Ruat. Saya dan kawan kawan dibawa dengan van klinik . Sambil tunggu giliran kami cari buah janggus yang ada di kawasan klinik. Suka ja dapat naik van free. Masa tu jarang dapaat naik kereta (kenderaan). Satu tahun pun tak habis jari sepuluh. Hari hari naik mutumit ja . Hmmm,

Pada catatan tambahan ini anak sulung saya baru saja mendaftarkan diri ke program Tamhidi pergigian di USIM. Semoga Allah permudahkan. Amiin.