Friday, November 8, 2013

SOLAT JENAZAH

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Maghrib hari Khamis malam Jumaat kami sekeluarga direzekikan Allah sekali lagi solat di Masjid. Jemaah agak ramai dan lebih dari biasa.Namun demikian saya hanya berjemaah di Masjid pada malam dan subuh pagi Jumaat saja. Selesai solat maghrib, Imam hanya membacakan doa pendek tidak seperti biasa. Rupanya ada jenazah yang akan disembahyangkan. Patutlah ramai jemaah.

Peluang bersolat jenazah kali pertama bagi saya sejak pulang dari mengerjakan haji tahun 2008. Rezeki saya malam ini. Teringat pesan Ustaz, solat jenazah itu besar pahalanya sebesar Bukit Uhud. MasyaAllah! setelah melihat Bukit Uhud secara kediri saya yakin besar sungguh pahalanya yang tidak wajar ditolak. Sayang sekali di Malaysia solat jenazah jarang melibatkan wanita.Maaf kalau saya silap. Marilah kita mengejar pahala. Jangan berhenti berlari untuk dapatkan pahala seperti kata Ustaz Zaharudin dalam Forum Perdana siaran langsung dari Johor semalam. mari jadi "Runningman" untuk pahala dan isstiqomah dalam beribadat.

Seperkara lagi arwah meninggal di dalam tidur. Orangnya dalam 40an dan sihat tidak ada penyakit yang diketahui..

Kelebihan solat Jenazah.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ : حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلاَمِ ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ ، وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ ، وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ; Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada 5 perkara iaitu ; Menjawab salam, Menziarahi ketika sakit, mengiringi Jenazah, menuanikan jemputan dan mendoakannya ketika bersin. Muttafa'un 'alaihi.

Hadis Rasulullah SAW 

عن أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : " مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qhirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qhirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qhirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar. Muttafa'un 'alaihi.



Di bawah saya kongsikan cara bersolat jenazah yang saya copy dari blog Syahirul.com
Terima kasih banyak atas panduan yang diberikan.

Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

No comments:

Post a Comment