Tahun 2008 saya menyambut maal Hijrah di tanah suci Mekah. Pada petang 30 Zulhijjah kami bertolak ke Madinah dengan bas dari hotel penginapan Maktab 83 terletak di Jiyad yang merupakan pertempatan orang Patani di Mekah. Saya mengikut rombongan Muassasah. Perjalanan tertunda sedikit lewat disebabkan masalah salah faham seorang jemaah menaiki bas lain tidak mengikut arahan pengurusan Tabung Haji. Rupanya pasport haji dipegang oleh pengurusan Muassasah. Di dalam basa nama setiap orang dipanggil mengikut pasport haji yang dipegang. Akibat kesilapan seorang jemaah semua 5 biji bas tidak dapat berlepas. Petugas muassasah pergi ke setiap bas dengan pasport yang belum ditemui tuannya sehingga bertemu tuanpunya badan. Pemegang pasport itu seorang lelaki dalam lingkungan 60an. Sangkanya jemaah bebas menaiki mana mana bas dan telah mengikut rakannya..hmm selesai masalah.
Kami berhijrah ke Madinah lebihkurang jam 5.00 petang dan sampai lewat 12.00 tengahmalam. Dalam perjalanan kami berjenti berehat di sebuah restoran Yaman makan nasi ayam mandhi. Rasanya sedap sungguh. Sebelum itu saya telah dinasihatkan rakan yang pernah ke Mekah untuk hanya membeli 1 set kerana ayamnya besar dan nasinya banyak.Benar sungguh, saya berkongsi makan dengan suami. Saya kagum juga dengan suami sendiri kerana walaupun dengan bahasa Arab yang patah patah dia mampu berkomunikasi dengan tokeh Arab Yaman restoran itu. Sampaikan suami saya dipanggil tokeh itu apabila ada masalah berkenaan pulangan wang baki kepada dua jemaah yang ikut rombongan kami. Bolehla walaupun hanya belajar melalui radio slot Hayatul Arabiah dan tunjuk ajar abang naim anak sulung kami. Berbaloi kami hantarkan abang sulong ke Sekolah Rendah An Najaah di Alor Setar.
Seperkara yang pasti kami sungguh teringin berbahasa Arab.
Maksud : Cintailah kalian bangsa arab itu kerana tiga perkara : Kerana daku berbangsa arab,dan Al-Quran itu diturunkan di dalam bahasa arab,dan percakapan ahli syurga itu bahasa arab (Riwayat At-Thobrani di dalam Al-Ausath,Al-Hakim dan Al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman)
Perjalanan yang panjang merentas jaringan lebuhraya yang cantik . Saya cuma nampak padang pasir kontang tidak ada pandangan menarik jujurnya.
Kami sampai lewat 12.00 tengahmalam . Selesai urusan check in hotel di Al Haram kami bergegas turun ke Masjid Nawawi. Jarak masjid dekat sungguh dalam 300 meter saja anggaran saya. Masjid terang benderang. Kami solat Magrib dan Isyak Jamak. Suami menghantar dan menunggu di pintu masjid. 
Saya mendapat rakan bilik yang baru. Dua beranak dari Johor, dua berjiran dari Pahang dan saya sendiri. Doa saya sejak dari Mekah supaya tidak berhadas besar dan dapat mengerjakan 40 waktu solat di Masjid Nabawi.Kami sampai pada malam Jumaat.
Subuh pertama saya di Nabawi saya sembahyang di luar masjid di hadapan tangga. Saya lihat ada jemaah yang bersaf saf juga di luar. Sejuuuk sungguh cuaca di Madinah. Kemudian dari itu baru saya sedari bahawa ada jemaah yang suka sembahyang di luar dan sepatutnya saya cuba masuk ke dalam kerana masih ada ruang. Biasanya kebanyakan jemaah memilih berada di saf belakang. Sebab dekat dengan pintu agak saya. Waktu masuk dan keluar pintu macam mesti bertolak tolak walaupun semuanya wanita!!!.
Ketika menunggu solat zohor saya terdengar suara bising dan saya pun melangut ke atas apabila nampak ada jemaah menuding ke atas.
Bumbung masjid terbuka seperti yang saya lihat di TV. MasyaAllah saya sudah di sini..Subhanallah
Ketika berada di Madinah saya sudah merasai rindu kepada anak anak. Dalam masa yang sama sedih untuk meninggalkan Madinah. Kami dibawa melawat ke Bazar Kurma, masjid Quba', Jabal Uhud dan masjid Kiblatain. Saya singgah turun solat di masjid Quba'. Ketika sampai di Jabal Uhud saya tidak ikut naik dengan jemaah lain keran suami tidak mampu berjalan dan mendaki .
Saya hanya melihat dari jauh.
No comments:
Post a Comment