Tuesday, February 25, 2014

ANAK DIBUNUH PEMBANTU RUMAH INDON LAGI

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Terkini dua orang kanak kanak disembelih pembantu rumah Indonesia. Perkara ini disedari setelah neneknya membuka pintu bilik tidur utama..malangnya , malang sungguh. Pembantu berkenaan dipercayai mengalami masalah mental telah membunuh diri.. berita lanjut baca di sini  myMetro | Dua beradik mati dikelar amah  

Persoalannya kenapa perkara ini berlaku. Majikan telah mengeluarkan banyak belanja untuk mendapatkan khidmat PRA.  Benarkah ujian kesihatan dijalankan di negara asal PRA.  Adakah penyakit mental tidak dapat dikesan. Bagaimanapun kita tunggu berita dan siasatan selanjutnya. Takziah dan simpati untuk keluarga berkenaan.

Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah
Foto

Kebergantungan dengan PRA adalah satu realiti. Usaha untuk mengelakkan perkara ini berulangkali dan majikan menjadi mangsa harus dipertingkatkan. Kalau ikutkan hati saya , bankan sahaja  kemasukan PRA dari Indonesia , jangan tunggu dia sahaja bekukan penghantaran PRA ke sini. Emosilah pula.. tapi berulangkali kejadian sebegini.

Kenalan saya sendiri mengelaminya dimana pembantunya membunuh ibu mertuanya untuk tujuan mencuri barang kemas setelah mengurung anak majikan . Meh tonton ini  https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&cad=rja&ved=0CDEQtwIwAQ&url=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DMIG4FdQ-Mps&ei=Nl8NU4rTNsfAkgXwxoCgCw&usg=AFQjCNFpcO_-K9sEMlExBIMuUvXteBCsTQ&sig2=zeeRmNkQmYRxJ9b6ImfA3A&bvm=bv.61725948,d.dGI


No comments:

Post a Comment