Monday, June 24, 2013

BERTUAH

Temujanji ditetapkan untuk pemeriksaan mata ditetapkan pada 14 hb Febuari di Klinik Simpang Kuala. Tarikh sama  Valentine tapi ingat jangan dok celebrate . 

Ok , kenapa perlu pemeriksaan mata..Haa penyakit Diabetes mellenius lah apa lagi. Bagaimanapun percayalah jika kita mendapatkan rawatan, patuhi temujanji untuk pemeriksaan dan mengambil ubat seperti yang dinasihatkan in Syaa Allah kita akan selamat. Tak adalah nak melarat sehingga ke mata, buah pinggang dan potong kaki .

Hmm sebenarnya saya cuma nak bagitau betapa beruntunggnya kita rakyat Malaysia, kerana rawatan dan ubatan diberi secara percuma. Kebetulan saya  diserang demam, batuk dan sakit kepala langsung mendapatkan  rawatan dan ubatan di tarikh yang sama. Agaknya kalau nak beli la berapa harganya. Di mana pula tempatnya . Farmasi mana? Saya dan semua pesakit lain boleh mendapatkan rawatan dan ubat secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan. Bertuahnya menjadi rakyat Malaysia. Alhamdulillah..Semoga Allah memelihara dan dan memakmurkan kita.

Semoga rakyat Malaysia juga bersyukur dengan bersujud kepada Allah.

Bagaimana? Solat, mengeluarkan zakat , bersedekah dan tidak melakukan maksiat. Didik anak masing supaya patuh dan taat  perintah Allah seperti  yang diajar Rasulullah Saw. ? (berselawat). Laksanakan perintah yang wajib dan perbanyakkkan amalan sunnah. Istiqomah dan jaga akhlak.

Sempena Ramadahan yang makin menghampiri mari kita perbanyakkan amalan daripada sekarang. Bangun awal untuk solat malam, kelak tak keberatan bangun untuk persediaan bersahur. Mulakan membaca al quran tak payah tunggu Ramadahan. Tulang dan lidah yang sudah biasa akan lebih ringan.. In sya Allah.
Selamat menyambut Ramadhan . Wassalam

No comments:

Post a Comment