Wednesday, September 12, 2012

SAMSUNG GALAXY ACE V SAMSUNG BEAM



Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Hari ini mama si Naufal nak berkisah fasal telefon bimbit la pulak. Rasanya telefon Samsung Galacy Ace ni adalah telefon bimbit yang ke lima atau enam. Yang pasti adalah model  Samsung yang kedua saya pakai atau guna. Warantinya setahun, tetapi entah dimana silapnya ia cacat sedikit. (hilang suara bunyi cal masuk) . Bagaimanapun masih boleh digunakan dengan earphone atau bluetooth. Fungsi lain okey ja.. masih mantap.
Tapi leceh la pulak nak gantung sentiasa di telinga. Tak praktikal la pulak. Bagamanapun saya bertahan juga hampir 4 bulan sejak itu. Beginilah rupa telefon saya itu. Saya sayang sangat nak berpisah dengan telefon ni. Sebabnya.. hmm ada gambar gambar keluarga, anak anak, sahabat dan tempat yang saya kunjungi. Saya suka dan selesa dengan Galaxy Ace yang saya beli dengan harga RM 999-00 . Sekarang model ni sudah tidak dijual lagi keh keh.
 Skrinnya agak besar juga. senang bagi mata 40an ini.
Setelah beberapa kesulitan dan miss cal yang keterlaluan, akhirnya inilah pula Samsung Beam. Ada projector u. Mesti anak anak saya cemburu. Kena explore macam mana nak guna cara yang berkesan. Gunakan sepenuhnya, menafaatkan setiap sen yang dilaburkan ke atasnya. 

Saya doakan telefon baru ini dapat bertahan dan bermenafaat kepada saya. berbaloi baloi hendaknya. Sementara itu bolehlah saya hantarkan Galaxy Ace ke hospital untuk dirawat.

Renung balik eh , dah terpengaruh dengan Korea la pulak. Telefon Samsung, kereta Hyundae dan mesin basuh pun Samsung gak..cukup setakat tu . Jangan gila K pop lak . Astagfirlahalazim!

4 comments:

  1. Saya bukan la gila produk Korea, tapi kalau barangnya bagus apa salahnya.
    Ada sesiapa nak komen atau bagi pandangan..

    ReplyDelete
  2. sehingga sekarang applikasi projektornya tak saya pakaipun ..huhu

    ReplyDelete
  3. sehingga sekarang applikasi projektornya tak saya pakaipun ..huhu

    ReplyDelete
  4. Samsung galaxy beam saya hilang , sayang sekali banyak memori dengannya kerana saya simpan gambar, memo dan contact no..sayang sungguh
    Jodoh tak lama..tak panjang

    ReplyDelete